Pages

Monday, May 10, 2021

Preparation For My 2nd Birth !



Officially 38 weeks !



minimalist sangat list dia sebab rumah dekat & musim covid2 ni duk wad tak lama pun ( harap2 lah )



nursing pillow freegift dari kapok design sebab naa promote pregnant pillow dorang . Alhamdulilah



hujung sana almari baby , sebelah tu almari abang umar yusuf


trolley untuk letak barang baby masa berpantang senang nak gerak2 hehe


katil baby sebab katil we all tak muat untuk baby nanti terhimpit pulak baby . beli set katil ni dapat free foam mattress . tilam kekabu dinosour tu dapat free jugak kapok design bagi sekali . set bolster pillow pakcik baby belanja . music lullaby atas tu ayahjat baby belanja yang lain duit walid . hehe


yang ni baby swing present dari cikyong baby 

Doakan semoga segala urusan naa dipermudahkan . Aamiin 

Nanti nak share apa lagi eh hahaha



 

Friday, April 9, 2021

Hospital Bag from MommyDaddy&i


 Assalamualaikum and hi readers 


Entry kali ni naa nak share cara untuk dapatkan hospital bag yang naa dari MommyDaddy&i 

Caranya senang je korang click je link ni

Lepas tu follow page fb dorang https://www.facebook.com/mommydaddyandi/ tunggu announcement nama korang atau tunggu email atau message 

Naa dapat free sebab naa join virtual antenatal class & naa siap menang lucky draw lagi dapat lah tambahan hamper dari shapee brand .



Macam2 dapat dari set hamper shapee ni . 
- milk storage
-breast pad
breat thermal pad 

Hospital bag MommyDaddy&i
- susu nestle mom
- diapo-care 
- pampers drypers and wet tissue for newborn
- libresse pad
- bodywash and lotion cetaphil for baby
- set facial wash and moisturizer cetaphil
- suzuran baby wet cleaning


yay!
Thank you so much Mommydaddy&i and
Thank you for reading guys <3

Monday, January 4, 2021

Join Huggies Club & Get Free Gift


Salam 2021 semua !

Excited \0/ sebab this is my first entry in 2021 . Ok Alhamdulilah naa sekarang tengah pregnant second child . Later I story la kay :D

This entry naa nak share je cara untuk mommies out there dapatkan free gift macam naa dapat dari Huggies ni . dulu first pregnancy pun naa mmg rajin la sign up apa yang boleh untuk dapat free sample . banyak dapat cuma dulu malas hupdate je .

At first sampai macam terkejut jugak lah , sebab yang hantar abam pos laju pastu besar pulak tu . kita dapat yang macam ni pun dah happy . alangkah indahnya kalau dapat macam retis tu kan . macam2 dapat haha 

Bersyukur naa oii ! Actually dapat ni pun dah memang happy sesangat dah sebab tak silap naa dulu dapat pampers je .

Alamak terbebel lak , ok first korang click link yang naa bagi kat bawah ni . Then korang sign up macam biasa masuk data semua then click free sample .

Lepas tu tunggu abam pos ketuk pintu korang . ada rezeki dapat lah . tak lama pun dalam 2 weeks dapat dah . so try la !

https://www.huggies.com.my/auth/register


comelkan kotak dia <3

Baby wipes dia memang best , pampers dia pun bagi naa best selesa & harga affordable . umar yusuf pun pakai huggies pants !


dapat 3 baby wipes , 1 rompers baby , 2 packet pampers sample NB & S

THANK YOU HUGGIES MALAYSIA !


Monday, August 24, 2020

Review H Elite Hotel Kelantan

Salam and hi everyone . harini baru naa sempat share experience naa stay kat H Elite Hotel . haritu balik kelantan 5 hari 4 malam naa stay hotel ni . baru beroperasi dekat 1 year and half so kira macam baru la kan . but overall naa puas hati sebab service dia bagus . dekna book guna Booking.com . so naa dapat harga genius member 10% . bagi naa murah sangat la sebab hotel dia 4 star . 



nanti bawah2 dia nak bukak kedai2 and office 


ni total harga naa duduk 5 hari 4 malam dah include tax . nanti time check in dorang akan minta deposit RM50 . time tunggu nak daftar kat lobby tu dorang ada sediakan air . 


ni lobby hotel . bagi naa lobby hotel dorang memang tiptop . kat dinding dinding dorang letak lukisan art semua memang lawa and ada yang dorang jual .


ni bahagian belakang sikit dari lobi . ada lagi tempat untuk lepaks lepak


ni tempat breakfast dorang besar gila haha macam hall orang kahwin dan rasa


ni tempat ambil makanan . ok komen jujur naa makanan breakfast dorang kurang sedap . haha dia pelbagai tapi nothing wow so naa rasa dorang punya chef kene create something dish yang orang akan ingat hotel ni . price breakfast is RM25 per person . if korang taknak makan sini kat Kelantan dont worry banyak breakfast best2 kat luar .


ni playground untuk kids . okay la even tak banyak mainan boleh main but my kid happy je main sini sebab sejuk . level dia sama dengan pool . 


ni pool untuk kids . siapa bawah 12 tahun kene mandi sini tau . 



lawa gila view dari tempat pool ni . tenang je sebab nampak sawah padi ni kan .

ok , bawah ni naa share video2 yang naa sempat ambil . overall naa berpuas hati la . memang best hotel ni selesa . thanks for reading 








 

Tuesday, June 6, 2017

My First Birth ( Umar Yusuf )

Alhamdulilah penantian selama 10 bulan 2 hari akhirnya berakhir  ikutkan due date 26 May 2017 tapi baby nak duduk lama sikit dalam perut mommy dia sebab nak makan sedap2 nampak tak naa wish kt facebook tu termakbul jugak . Ok ceritanya bermula la..


 

Malam pertama buka pose kt rumah mama I..I rasa mcm biasa je takda sakit apa pun.Makan pun banyak sampai husband tegur sayang tak mengah ke Hahaha! I said noo nak makan puas2 mana tahu nanti dah bersalin tak leh makan dah.Mama I pun kata perut I dh kebawah sgt ni so anytime la..Abah I kata kt husband I yg I makan lain mcm malam tu.I rasa mcm biasa je I makan dah lauk sedap2 pastu ada pulak buah tembikai.Perh !  
Ok dah habis makan apa semua I decide balik rumah nak rehat.So sampai je rumah sebelum mandi usap2 perut pujuk anak jate mommy sorang ni keluar malam ni or pg besok sbb mommynya tak sabar sangat nak tengok anaknya.

Malam tu tido mcm biasa..sebelum tido layan lagu Fazura nga Fattah Amin Hahaha! Pastu tertido...Pukul 2.30 terbangun sebab rasa macam sengugut tengok husband kat sebelah takdak rupanya dia pergi tandas.Pastu rasa pants macam basah je.Perut pulak rasa macam sengugut.I kalau period mmg sengugut dia tahap terbaik betul sakit.Ni bru acah2 so still tahan.Husband masuk bilik je terus bagitahu.
"SAYANG I RASA I NAK BERSALIN KOT SEBAB MCM SENGUGUT JE NI AND PANTYLINER I PUN BASAH"
Check2 ada cecair warna mcm merah sikit dengan warna nak hijau2 sikit.Punya menggelabah husband siapkan barang semua.Dia yg gelabah..I relax je 😂😂 Tapi dalam hati tuhan je tahu nervous dia.
Pastu dah ready semua naik kereta husband I punya pecut macam I dah sakit betul.I call la family I bagitahu I nak bersalin.

Ok dah sampai kat PAC HUKM dalam kul 3 pergi kaunter cakap ada leaking and siap tnjuk lagi gambar pantyliner kat nurse tu sebab risau la takut anak berak dah dia makan taik dia ke.I fobia dgr kes kes gini.Pastu bgthu dia ada contraction.Pelik betul dorang jenis boleh relax lagi.
Then pergi check jantung baby dalam 20mins.Alhamdulilah baby still okay and then dtg sorg doktor check jalan cakap dah bukak 3cm so u kena admit dah ni.Pukul 8 kami akan check jalan lagi.Dah lah kalau bersalin kat HUKM takda siapa boleh teman waktu malam even mak or akak.So lepas husband hantar barang duduk lah sorang2 kat wad.
Waktu kena admit ni pukul 4 pg.Depan katil je ada orang sebelah I semua kosong.Nasib baik katil hujung dekat dengan tandas. So boring2 tu pergi lah mandi jap & tukar baju hospital.Waktu ni sakit slow & tak kuat lagi and disebabkan sengugut I before2 ni lagi kuat sikit so dapat tahan sambil tu I apply Hpynobirthing..penafasan untuk kurangkan kesakitan contraction tu.Alhamdulilah memang sangat membantu tau! Tapi kena practice awal tau jgn waktu nak sakit nak bersalin tu baru korang duk sibuk search and belajar psl ni..mmg takkan menjadi.Ok and then pukul 5 centu bising dah nurse tukar shif dorang sembang2.Pastu pkul 6 dtg sorang doktor tanya cane then I tya dia psl contraction yg betul2 mcm mana nak kira sbb I failed bab ni ! Dia kata dalam masa 10min 5 kali contraction dtg.So lepas dia pergi je I terus kira cara dia bagi.Hahaha
Then dalam 6.30 nurse suruh bangun sbb dorg nak kemas katil.Time tu contraction yg mcm betul2 sengugut I rasa time period datang.I bgthu salah sorg nurse yg kemas katil I,I cakap contraction betul I dah sampai and waktu I bgthu tu I senyum.Thats me mmg suka senyum.Pastu leh dia kata biasa anak sulung lambat satu jam satu bukaan..and awak still boleh senyum tak sakit lagi tu.So I redha jela dalam hati memcarut pehal la nurse ni tak caring langsung hahah! dia kata check bukaan kul 8 so tunggu jela sbb sakit boleh tahan.Sengugut period 2 hari leh tahan takkan ni tak boleh kan.Then kul 7 sampai makanan.Waktu ni tak lalu makan dah sebab sakit.Biasa waktu I sakit sengugut pun I takkan lalu makan.After breakfast tu datang sorang nurse comel molek baik orangnya check BP and dia tya contraction berapa kali so I bgthu lah 10 min 5 kali dtg then dia kata kuat dah tu.Pastu dia catit kat kertas bagi kat doktor.Dalam 8pg gitu sorang doktor panggil I nak check jalan.Check je dah 5 cm then dia pecahkan air ketuban.Fuh panas betul air ketuban tu.Dia kata ok lah jom ke LR bgthu husband awak.Then dorang suruh whatsapp husband.Dorang dah ready tolak I naik wheelchair.I bru nak whatsapp tengok husband dah tercongok depan wad tu.Aik bila plak dia sampai.Husband teman sepanjang dalam LR tu.Dia pegang2 tangan urut2 time ni.


 Ada termarah sikit sebab duk sibuk urut I hahaha.Time ni rasa penat dah sikit mcm nak tidur pun ada sebab tak cukup tidur kan.Pastu start kul 9 bagithu hubby rasa nak teran je smbil tu buat hypnobirthing & zikir doa nabi yunus dalam hati.Lepastu husband panggil Midwife then Midwife masuk check tengok2 dah 7 cm then dia keluar balik.Pukul 9.20 gitu I cakap ngan husband lagi sekali"SAYANG I RASA NAK TERAN NI" husband panggil lagi Midwife.Dia masuk dia check jalan " Ok cantik dah 8cm..wah cpt betul awak ni.Dia kata sabar ye lagi sikit.I pun bersabar lah..Pastu 9.35 I dah sakit mmg rasa nak teran gila babeng macam nak berak tau lagi sekali bagitahu husband nak teran.Midwife tu check ok dah 9cm pstu I ckp kat Midwife tu saya rasa nak teran sangat dah ni.Midwife tu kata takpe awak boleh teran slow2 smbil dia prepare barang semua.Time tu I dah dgr dari bilik2 lain suara orang Push2 push2 hahaha punya meriah bilik tu.Rasa macam ramai orang je bilik tu.Bilik I krik krik.Ok and then Midwife tu check dah 10cm dia kata ok awak cuba push.I nervous macam mana entah I push tapi mmg kelakar.Hahaa pastu nurse tu kata "ehh tokleh gitu"
Then dia ajar lah awak tarik nafas panjang2 then teran macam nak berak tapi jangan hembus ikut mulut.Husband pun pegang tangan sambil bagi kata2 semangat.Dia kata sampai buntut dia pun terangkat nak ikut push.Hahaha! Midwife kata ok dah nampak kepala..teran lagi bila contraction sampai and then lepas tu dia kata okay saya gunting sikit ya. I tak sedar apa dah sebab busy duk meneran..rasa sakit gunting ke apa sumpah tak rasa hahaa tapi husband kata dia dgr waktu Midwife tu gunting ngeri betul..bunyi macam gunting kertas cardboard. Alhamdulilah beberapa kali meneran keluarlah anak I tepat pukul 9.43 pagi 28 May 2017 lalu diletakkan di dada I ( we call it skin to skin ) Time ni rasa macam hidup di dunia baru rasa segar sangat.Nampak pulak anak kita atas dada.Such a beautiful moment for me.Lepas tu mula la sesi menjahit.I kena 18jahitan.Nasib baik dia bius.Alhamdulilah jugak semuanya dipermudahkan.Memang selalu lepas solat mohon dipermudahkan..selalu doa agar Allah berikan kesakitan yang mampu I tanggung..I amalkan surah maryam after solat..zikir doa nabi yunus..makan kurma..buat urutan perinium..banyakkan berjalan.After jahit pun tak sakit sebab dorang bagi painkiller.Lepas jugak hajat nak tengok muka zuriat yg dikandungkan & tak sangka selama ni budak ni laa yang I kandung 10 bulan 2hari kehulur hilir.Hehehe

Alhamdulilah..terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku seorang zuriat.InsyaAllah I & husband akan sedaya upaya menjaga amanah ini & bimbing dia dengan sebaik-baiknya! 

Umar Yusuf semoga awak menjadi anak yang soleh ye.Amin


Alhamdulilah we both cant believe dah jadi mak mak ayah ayah ! Hahahha




2 hari je duduk lepas tu discharge !
Thank you for reading ❤



Saturday, May 13, 2017

Mini Baby Shower Surprise

Semalam 13 May 2017 my beloved friends buat mini baby shower for me 💓 Eei mengada tau dorg ni suka sgt buat surprise.
Tu la pelik sgt si Ain ( my sister ) tetiba ajak keluar kata nak pergi somewhere special.Haha I fikir dia nak belanja makan je.She said she will picked me up.So dalam kereta tu Kak Nurul ( office mate dia ) asek call je.So I fikir eh takkan dorg yg nak surprise aku.Tetibe jer sebab tak pernah jumpa.Nak kata My Sup Hameed Gang ( which is mmg betul dorg ) pun I tak terfikir sebab bru je lepas tgk story Syasya date dgn Nik and other members senyap je.Tetiba je Ain drive pergi ke Taman Pudu Ulu kata nak picnic.Lepas tu dpt call lg dari Kak Nurul.Em otak I dah set dah Kak Nurul la ni.Hahaha Malu wey kalau dorg sebab I tak rapat sgt.So jalan2 dah smpai dkt sikit dari satu pondok ni nampak dah geng2 nakal ni.Rupanya my gadis2 yg punya plan no.Pandai betul dorg senyap2.Semua ada rasa seronok gila dapat jumpa ! 😁❤


Tengok siap decorate atas tikar tu I 💗 you tau. cuma tak nampak je.
Kita sampai je terus dorg bg pakaikan crown & flower lagi tuuu. Sweet gituuu


Ni lah dalang2,sayangs2ku & the only bff yg masih kekal walau jarang jumpa. Effort mereka di setiap perjumpaan & surprise tak pernah mengecewakan.


Ok nak sweet2 jugak hahahah


Yay Its a wrapped ! I LOVE YOU GUYS SO MUCH!  Thank you for everything today 💓

Friday, May 12, 2017

Korean Food ( DuboYo Restaurant )

Assalamualaikum.. harini Nana nak share review pasal satu korean food restaurant.
2 hari lepas teman husband cari baju kerja kt Sogo memandangkan badan dia dah ehem ( u know what I mean ) so kena cari baju size lain lah.Alang2 tu kita jalan2 cari makan.

Actually mmg dah aim nak try Duboyo ni. Tapi berbelah bagi sebab taktahu sedap ke tak sbb sesetengah kedai korean tak sedap. Setakat ni berpuas hati kedai HotPotSeoulGarden ( Tu mmg superb cuma harga dia nok harom la ) Habis je husband beli barang dia kami terus ke tingkat atas cari kedai Duboyo ni. Sampai je terus duduk tengok menu. Yang best and kebetulan kami pergi waktu weekdays and time tu dalam pukul 1.30 ptg so dia ada set lunch every weekdays dari 12-3 ptg. Memang murah and berbaloi beb ! 





Husband pilih Kimchi Soondubu Jigae ( Seafood )



Nana pulak pilih set Kimchi Gogi Chicken ( Air tu pilih Iced Peach Tea ) memang sedap betul air !

semua set ni Nana suka include side dish dia mmg sedap sangat

Pastu kitaorang add Spicy Toppoki. Toppoki ni macam ala ala Yong Tau Fu Malaysia kita. Hahaha ! 



Nampak tak kecomelan tu.Haha muka happy je makan sini sebab memang sedap. I ask my husband berapa star dia bg from 5. Dia jawab 4 cus nothing perfect but overall kami berpuas hati sangat sebab sedap and service tiptop!