Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4cFOpHCJQ

Pages

Tuesday, June 6, 2017

My First Birth ( Umar Yusuf )

Alhamdulilah penantian selama 10 bulan 2 hari akhirnya berakhir  ikutkan due date 26 May 2017 tapi baby nak duduk lama sikit dalam perut mommy dia sebab nak makan sedap2 nampak tak naa wish kt facebook tu termakbul jugak . Ok ceritanya bermula la..


 

Malam pertama buka pose kt rumah mama I..I rasa mcm biasa je takda sakit apa pun.Makan pun banyak sampai husband tegur sayang tak mengah ke Hahaha! I said noo nak makan puas2 mana tahu nanti dah bersalin tak leh makan dah.Mama I pun kata perut I dh kebawah sgt ni so anytime la..Abah I kata kt husband I yg I makan lain mcm malam tu.I rasa mcm biasa je I makan dah lauk sedap2 pastu ada pulak buah tembikai.Perh !  
Ok dah habis makan apa semua I decide balik rumah nak rehat.So sampai je rumah sebelum mandi usap2 perut pujuk anak jate mommy sorang ni keluar malam ni or pg besok sbb mommynya tak sabar sangat nak tengok anaknya.

Malam tu tido mcm biasa..sebelum tido layan lagu Fazura nga Fattah Amin Hahaha! Pastu tertido...Pukul 2.30 terbangun sebab rasa macam sengugut tengok husband kat sebelah takdak rupanya dia pergi tandas.Pastu rasa pants macam basah je.Perut pulak rasa macam sengugut.I kalau period mmg sengugut dia tahap terbaik betul sakit.Ni bru acah2 so still tahan.Husband masuk bilik je terus bagitahu.
"SAYANG I RASA I NAK BERSALIN KOT SEBAB MCM SENGUGUT JE NI AND PANTYLINER I PUN BASAH"
Check2 ada cecair warna mcm merah sikit dengan warna nak hijau2 sikit.Punya menggelabah husband siapkan barang semua.Dia yg gelabah..I relax je 😂😂 Tapi dalam hati tuhan je tahu nervous dia.
Pastu dah ready semua naik kereta husband I punya pecut macam I dah sakit betul.I call la family I bagitahu I nak bersalin.

Ok dah sampai kat PAC HUKM dalam kul 3 pergi kaunter cakap ada leaking and siap tnjuk lagi gambar pantyliner kat nurse tu sebab risau la takut anak berak dah dia makan taik dia ke.I fobia dgr kes kes gini.Pastu bgthu dia ada contraction.Pelik betul dorang jenis boleh relax lagi.
Then pergi check jantung baby dalam 20mins.Alhamdulilah baby still okay and then dtg sorg doktor check jalan cakap dah bukak 3cm so u kena admit dah ni.Pukul 8 kami akan check jalan lagi.Dah lah kalau bersalin kat HUKM takda siapa boleh teman waktu malam even mak or akak.So lepas husband hantar barang duduk lah sorang2 kat wad.
Waktu kena admit ni pukul 4 pg.Depan katil je ada orang sebelah I semua kosong.Nasib baik katil hujung dekat dengan tandas. So boring2 tu pergi lah mandi jap & tukar baju hospital.Waktu ni sakit slow & tak kuat lagi and disebabkan sengugut I before2 ni lagi kuat sikit so dapat tahan sambil tu I apply Hpynobirthing..penafasan untuk kurangkan kesakitan contraction tu.Alhamdulilah memang sangat membantu tau! Tapi kena practice awal tau jgn waktu nak sakit nak bersalin tu baru korang duk sibuk search and belajar psl ni..mmg takkan menjadi.Ok and then pukul 5 centu bising dah nurse tukar shif dorang sembang2.Pastu pkul 6 dtg sorang doktor tanya cane then I tya dia psl contraction yg betul2 mcm mana nak kira sbb I failed bab ni ! Dia kata dalam masa 10min 5 kali contraction dtg.So lepas dia pergi je I terus kira cara dia bagi.Hahaha
Then dalam 6.30 nurse suruh bangun sbb dorg nak kemas katil.Time tu contraction yg mcm betul2 sengugut I rasa time period datang.I bgthu salah sorg nurse yg kemas katil I,I cakap contraction betul I dah sampai and waktu I bgthu tu I senyum.Thats me mmg suka senyum.Pastu leh dia kata biasa anak sulung lambat satu jam satu bukaan..and awak still boleh senyum tak sakit lagi tu.So I redha jela dalam hati memcarut pehal la nurse ni tak caring langsung hahah! dia kata check bukaan kul 8 so tunggu jela sbb sakit boleh tahan.Sengugut period 2 hari leh tahan takkan ni tak boleh kan.Then kul 7 sampai makanan.Waktu ni tak lalu makan dah sebab sakit.Biasa waktu I sakit sengugut pun I takkan lalu makan.After breakfast tu datang sorang nurse comel molek baik orangnya check BP and dia tya contraction berapa kali so I bgthu lah 10 min 5 kali dtg then dia kata kuat dah tu.Pastu dia catit kat kertas bagi kat doktor.Dalam 8pg gitu sorang doktor panggil I nak check jalan.Check je dah 5 cm then dia pecahkan air ketuban.Fuh panas betul air ketuban tu.Dia kata ok lah jom ke LR bgthu husband awak.Then dorang suruh whatsapp husband.Dorang dah ready tolak I naik wheelchair.I bru nak whatsapp tengok husband dah tercongok depan wad tu.Aik bila plak dia sampai.Husband teman sepanjang dalam LR tu.Dia pegang2 tangan urut2 time ni.


 Ada termarah sikit sebab duk sibuk urut I hahaha.Time ni rasa penat dah sikit mcm nak tidur pun ada sebab tak cukup tidur kan.Pastu start kul 9 bagithu hubby rasa nak teran je smbil tu buat hypnobirthing & zikir doa nabi yunus dalam hati.Lepastu husband panggil Midwife then Midwife masuk check tengok2 dah 7 cm then dia keluar balik.Pukul 9.20 gitu I cakap ngan husband lagi sekali"SAYANG I RASA NAK TERAN NI" husband panggil lagi Midwife.Dia masuk dia check jalan " Ok cantik dah 8cm..wah cpt betul awak ni.Dia kata sabar ye lagi sikit.I pun bersabar lah..Pastu 9.35 I dah sakit mmg rasa nak teran gila babeng macam nak berak tau lagi sekali bagitahu husband nak teran.Midwife tu check ok dah 9cm pstu I ckp kat Midwife tu saya rasa nak teran sangat dah ni.Midwife tu kata takpe awak boleh teran slow2 smbil dia prepare barang semua.Time tu I dah dgr dari bilik2 lain suara orang Push2 push2 hahaha punya meriah bilik tu.Rasa macam ramai orang je bilik tu.Bilik I krik krik.Ok and then Midwife tu check dah 10cm dia kata ok awak cuba push.I nervous macam mana entah I push tapi mmg kelakar.Hahaa pastu nurse tu kata "ehh tokleh gitu"
Then dia ajar lah awak tarik nafas panjang2 then teran macam nak berak tapi jangan hembus ikut mulut.Husband pun pegang tangan sambil bagi kata2 semangat.Dia kata sampai buntut dia pun terangkat nak ikut push.Hahaha! Midwife kata ok dah nampak kepala..teran lagi bila contraction sampai and then lepas tu dia kata okay saya gunting sikit ya. I tak sedar apa dah sebab busy duk meneran..rasa sakit gunting ke apa sumpah tak rasa hahaa tapi husband kata dia dgr waktu Midwife tu gunting ngeri betul..bunyi macam gunting kertas cardboard. Alhamdulilah beberapa kali meneran keluarlah anak I tepat pukul 9.43 pagi 28 May 2017 lalu diletakkan di dada I ( we call it skin to skin ) Time ni rasa macam hidup di dunia baru rasa segar sangat.Nampak pulak anak kita atas dada.Such a beautiful moment for me.Lepas tu mula la sesi menjahit.I kena 18jahitan.Nasib baik dia bius.Alhamdulilah jugak semuanya dipermudahkan.Memang selalu lepas solat mohon dipermudahkan..selalu doa agar Allah berikan kesakitan yang mampu I tanggung..I amalkan surah maryam after solat..zikir doa nabi yunus..makan kurma..buat urutan perinium..banyakkan berjalan.After jahit pun tak sakit sebab dorang bagi painkiller.Lepas jugak hajat nak tengok muka zuriat yg dikandungkan & tak sangka selama ni budak ni laa yang I kandung 10 bulan 2hari kehulur hilir.Hehehe

Alhamdulilah..terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku seorang zuriat.InsyaAllah I & husband akan sedaya upaya menjaga amanah ini & bimbing dia dengan sebaik-baiknya! 

Umar Yusuf semoga awak menjadi anak yang soleh ye.Amin


Alhamdulilah we both cant believe dah jadi mak mak ayah ayah ! Hahahha




2 hari je duduk lepas tu discharge !
Thank you for reading ❤



No comments:

Post a Comment