Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4cFOpHCJQ

Pages

Friday, March 31, 2017

Im 32 Weeks Pregnant !

Alhamdulilah Nana dah 32 weeks. Pejam celik pejam celik sekejap je rasa masa berlalu. Rasa nervous pulak bila fikir nak dekat bersalin je. Dalam kepala otak ni mcm2 fikir ! takut tetibe kene false contraction lah, baby nak kuar awal la. Mama harap jgn kuar awal ye nak sebab barang prepare bru 60% je tau. Malas gila nak packing sebab fikir hospital dekat en. Hahaha!


Alhamdulilah sepanjang masa nak sampai ke 32 weeks ni takda masalah teruk lagi lah. Setakat baby aktif di waktu malam sampai kita tdur pun tak lena duk menendang je keje. Tu normal kay even dalam kepala otak Nana fikir eh anak aku ni lemas ke sebab yela me sleep sampai 5 bantal ok I selit sana sini bantal2 tu. Lepas tu dah dapat position tidur yang selesa tetiba pulak nak kencing. Aduh spoil spoil ! Ingat senang ke nak dapat position tidur yang selesa. Hahaaa . Kerap kencing thats normal ok sebab baby dah kebawah tekan kita punya pundi kencing. Lepas tu nak bangun malam tu Ya Allah.. sakit celah tu kita je tahu hahaha! Tapi I ada tips kurangkan sakit waktu nak bangun tu, cuba tahan nafas waktu rse sakit tu. confirm lega sikit.. In Shaa Allah! Bila bangun dari katil tu duduk dulu and kaki kene cecah lantai jgn bg tergantung bg pengaliran darah berjalan lancar.

Jalan sekarang mcm penguin dah. Bak kata Kak Ain ( bakal tanter anak gue ) " KAU NI TERUK SANGAT BERJALAN" HAHAHA

ok tu je nak share. Harap2 xde pape masalah sepanjang kehamilan ni and semoga saya selamat bersalin dengan mudah, Amin.


Thursday, March 23, 2017

Kos Booking Bersalin Di PPUKM (2017)

Assalamualaikum, malam ni Nana nak bebel cara nak booking bersalin kat PPUKM. Please take note dorang tak buat walk in, thats why selalu lengang je kalau bersalin kat PPUKM ( Ni nurse bagitahu ) Tapi tak tahu lah kalau ada emergency case dorang akan amek ke tak, tengok pada nasib.

Ok first, bagi sesiapa yang check up baby kat mana2 klinik swasta atau klinik goverment (KKIA) korg boleh je bersalin dekat PPUKM ni dengan syarat bawak surat dari doktor tempat korang check up. Contoh surat I dapat dari klinik I check up macam ni. Biasa kat KKIA dorg akan bg surat ni bila kita 28 weeks(7 Bulan) *Oh ya based pengalaman membaca kat internet siapa yang nak bersalin kt PPUKM better g daftar atleast bila kandungan dah cecah 7 months eh kalau taknak kena bebel*


okay ni borang rujukan antenatal untuk di bawa ke PPUKM bila nak booking

2nd benda wajib korang kena bawak !


Buku pink jangan lupa bawa

Ok 2 je benda penting korang kena bawa masa booking. Takda yuran pendaftaran tapi dorang akan bagitahu bila first date check up dengan dorang. Macam I kena sekali je check up dengan dorang maybe sebab tak banyak masalah. Dorang remind suruh prepare siap2 RM150 untuk check up. Tapi nurse tu cakap tak sampai pun actually just prepare. And dorg explain lah macam2 kalau korang rajin bertanya. Nurse yang layan I tu mmg baik cerita detail betul. Semoga Allah membalas jasa nurse tu yang bekerja dengan seikhlas hatinya. Amin

Ok and then dorang akan bg kertas kos harga bersalin. Kita bayar waktu kita admit ward tu nanti. Ni anggaran kalau lebih kena tambah kalau kurang dorg pulangkan balik deposit yang kita bayar tu 


New price for 2017 gais ! Harapa2 Nana bersalin normal.Amin...okay so itu saja yang dapat di kongsi kan. InsyaAllah kalau Nana selamat bersalin Nana akan share pengalaman bersalin kat PPUKM. Semoga dapat membantu 💖



Wednesday, March 22, 2017

Happy 3rd Anniversary Sayang !



Alhamdulilah, tup tup cepat masa berlalu. Usia perkahwinan kita pun dah 3 tahun. I pun masak dah dengan perangai you dari hujung rambut sampai hujung kaki. And of course you pun dah masak dengan perangai I yg sangat annoying ni. Hahaha!
Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan kita sebagai suami isteri dan semoga kita bahagia hingga ke Jannah.

We promised to love each other and will through thick & thin together ! InsyaAllah saya & awak kuat, kita sama2 kuat. Kita sama2 berusaha ke  jalan yang di redhaiNya.

I still ingat how we met for the first time,what you wore,the way you look at me,the way you talk to me,the way you treat me and everything ! How desperate you are to own me. Hahaha! Yeah he is very semangat to get know me. First time jumpa memang I tak pakai make up langsung at that time I admit I was so ugly dengan mata pakai eyeliner je. Foundation apa haprak tak pakai. Rempit betul ! You pemalu waktu mula2 date sampai makan pun tak lalu, I pulak makan habis (dalam hati aku lantak lah aku lapar) Hahaha ! He came all the way from Kelantan, actually the reason dia datang not just for me but dia ada kerja so tiba2 dapat msg dia kata tgh round2 kawasan btr. Gila semangat betul dia ni. Aku ingat dia datang naik bas. Hahaah!

Lama2 kenal baru tahu dia ni gila over protective,kuat cemburu nak mampus (JUST LIKE ME),kuat makan tomyam ! Lelaki pandang aku pun dia nak marah, bukan marah aku tapi marah laki tu but of course it will spoil my mood too! SPOIL DIA NI! And bla bla after 2 years perkenalan we decided to get married. Alhamdulilah dipermudahkan. Thanks to my parents yang sangat banyak membantu especially my mama! Sayang mama. Mama mmg suka anak2 dia kahwin awal. Hahaha!

So ikutkan, kita dah kenal almost 5 years. Tak lama lagi kalau ditakdirkan ada rezeki kita akan jadi parents dah. Yay ! Thanks for being a great husband ! I will always love you sayang 💗

Monday, March 20, 2017

Im Pregnant 30 Weeks !

Alhamdulilah harini kandungan dah masuk 30 weeks 4 days ! Semoga Allah sentiasa memelihara kandungan ini. Amin. Harini dapat result gula okay ke tak. Alhamdulilah everything was fine. Alhamdulilah ! Next check up dengan KKIA on 6 April 2017 but before tu pun ada 1st check up dengan PPUKM on 4 April 2017. Since Nana decide nak bersalin kat PPUKM, Nana kena buat check up jugak dengan pihak dorg. Tu memang procedure nak bersalin sana. Banyaknya check up (-.-)

Ikutkan nak bersalin kat HKL jimat & doktor lagi berpengalaman cuma rumah dekat dengan PPUKM and plus HKL nak pergi risau jammed je tetibe buat hal baby nak keluar waktu lunch hour at the same time hari bekerja. Perhh ! Its my first pregnancy you know, I cant predict what will happen !

Okay nanti Nana story macam mana nak daftar bersalin kat PPUKM apa procedure dia and berapa harga dia. Stay tuned !



Thursday, March 16, 2017

Stir Fried Broccoli With Chicken & White Mushroom


BAHAN-BAHAN :

1) Ayam ( Dipotong kecil )
2) Brokoli
3) Cendawan putih
4) Bawang putih 3 ulas ( Dihiris kecil )
5) Halia 2 inch ( Dihiris nipis )
6) Sebiji Telur
7) Tepung jagung
8) Garam atau secukup rasa
9) Tiga biji cili api atau cili besar
10) Sos tiram dan sos kicap manis


CARA MEMASAK :

1) Gaulkan ayam bersama sebiji telur dan campurkan dengan sedikit tepung jagung. Biarkan selama 10 mins

2) Tuangkan minyak sedikit ke dalam kuali dan goreng ayam yang sudah dicampurkan dengan telur dan tepung jagung tadi. Goreng sampai separuh masak

3) Masukkan bawang putih dan halia dan cili api. Gaulkan rata

4) Tutup sebentar dalam 5 mins( api sederhana jangan kuat ) dengan penutup kuali

5) Masukkan brokoli dan cendawan putih.

6) Masukkan 3 sudu sos tiram dan sedikit sos kicap manis. Campurkan air sedikit  dan letak secukup rasa atau garam

7) Gaulkan dan tutup dengan periuk kuali dalam 10 mins

8) Buka penutup kuali. Gaul dan rasa.


SELAMAT MENCUBA !

Monday, March 13, 2017

Cara Kira Tendangan Bayi Dalam Perut

Alhamdulilah I dah masuk 7 bulan . Macam biasa kalau dah 7 bulan kena lah start kira tendangan baby kita . Mommy2 memang kena alert & be responsible bila baby kita tendang. Third trimester ni memang kita kena jaga2 dengan kandungan kita . Anything can happen so better amek langkah berjaga2. 

Haritu pergi klinik, nurse explain lah cara kira tendangan baby . First tu memang agak blur jugak lah. Lama2 alhamdulilah faham, nasib baik cik somi sentiasa setia menemani di sebelah incase bini xfaham pape husband boleh tolong catch up . Biasa lah belajar tak tinggi mana . Harapkan suami je sebab bini mmg lambat pick up . Hehehee

Ok jom Momi nak share cara kira tendangan 😍

1) Bermula pada 9 pg - 9 malam ( tendangan baby mesti cukup 10 kiraan )
2) Tendangan kuat dikira 1 kali tendangan ( Baby beralun2 bergerak berenang2 xdikira ek )
3) Baby tetiba kick banyak kali dalam satu masa dikira 1 kali tendangan 
4) OK ni penting ! sekiranya contoh pada pukul 2 ptg kiraan dah 5 kali , lepas tu baby tak gerak. Korg chill tenangkan diri, ambil masa 2 jam. Cuba makan atau minum benda sejuk atau cuba cakap2 dengan baby dalam masa 2 jam tu. If tak gerak jugak dekat nak 2 jam segeralah ke hospital sebab macam2 boleh berlaku etc : Tali Pusat Terbelit or something else
(wad kecemasan terus tau!)

Ok tu lah cara-caranya.Hope u all faham
Actually I nak share satu apps kat phone yang memudahkan korang untuk kira tendangan baby . Takdalah habis buku pink kita tu lunyai asek kena bukak tutup nak tick kiraan baby . Senang je sebab zaman skrg zaman kita asek pegang phone kan . So bila baby tendang kita tap je . Then dah cukup 10 tendangan baru kita catitkan kat buku pink.
Download apps KickMe . Ok logo dia make sure macam tu . Simple je apps ni .



Nanti dah download korg bukak je apps tu decide lah nak warna apa. Ada banyak warna tau ! I choose pink hehee


Nak start kira kena click start session. Then tap kick now bila baby dah start tendang . Bila dah cukup 10 kiraan kita tekan stop session . Jangan lupa catat kat buku pink tendangan ke-10 habis pukul berapa ya. Selamat mendownload!

Ok done for now.