Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4cFOpHCJQ

Pages

Tuesday, June 6, 2017

My First Birth ( Umar Yusuf )

Alhamdulilah penantian selama 10 bulan 2 hari akhirnya berakhir  ikutkan due date 26 May 2017 tapi baby nak duduk lama sikit dalam perut mommy dia sebab nak makan sedap2 nampak tak naa wish kt facebook tu termakbul jugak . Ok ceritanya bermula la..


 

Malam pertama buka pose kt rumah mama I..I rasa mcm biasa je takda sakit apa pun.Makan pun banyak sampai husband tegur sayang tak mengah ke Hahaha! I said noo nak makan puas2 mana tahu nanti dah bersalin tak leh makan dah.Mama I pun kata perut I dh kebawah sgt ni so anytime la..Abah I kata kt husband I yg I makan lain mcm malam tu.I rasa mcm biasa je I makan dah lauk sedap2 pastu ada pulak buah tembikai.Perh !  
Ok dah habis makan apa semua I decide balik rumah nak rehat.So sampai je rumah sebelum mandi usap2 perut pujuk anak jate mommy sorang ni keluar malam ni or pg besok sbb mommynya tak sabar sangat nak tengok anaknya.

Malam tu tido mcm biasa..sebelum tido layan lagu Fazura nga Fattah Amin Hahaha! Pastu tertido...Pukul 2.30 terbangun sebab rasa macam sengugut tengok husband kat sebelah takdak rupanya dia pergi tandas.Pastu rasa pants macam basah je.Perut pulak rasa macam sengugut.I kalau period mmg sengugut dia tahap terbaik betul sakit.Ni bru acah2 so still tahan.Husband masuk bilik je terus bagitahu.
"SAYANG I RASA I NAK BERSALIN KOT SEBAB MCM SENGUGUT JE NI AND PANTYLINER I PUN BASAH"
Check2 ada cecair warna mcm merah sikit dengan warna nak hijau2 sikit.Punya menggelabah husband siapkan barang semua.Dia yg gelabah..I relax je 😂😂 Tapi dalam hati tuhan je tahu nervous dia.
Pastu dah ready semua naik kereta husband I punya pecut macam I dah sakit betul.I call la family I bagitahu I nak bersalin.

Ok dah sampai kat PAC HUKM dalam kul 3 pergi kaunter cakap ada leaking and siap tnjuk lagi gambar pantyliner kat nurse tu sebab risau la takut anak berak dah dia makan taik dia ke.I fobia dgr kes kes gini.Pastu bgthu dia ada contraction.Pelik betul dorang jenis boleh relax lagi.
Then pergi check jantung baby dalam 20mins.Alhamdulilah baby still okay and then dtg sorg doktor check jalan cakap dah bukak 3cm so u kena admit dah ni.Pukul 8 kami akan check jalan lagi.Dah lah kalau bersalin kat HUKM takda siapa boleh teman waktu malam even mak or akak.So lepas husband hantar barang duduk lah sorang2 kat wad.
Waktu kena admit ni pukul 4 pg.Depan katil je ada orang sebelah I semua kosong.Nasib baik katil hujung dekat dengan tandas. So boring2 tu pergi lah mandi jap & tukar baju hospital.Waktu ni sakit slow & tak kuat lagi and disebabkan sengugut I before2 ni lagi kuat sikit so dapat tahan sambil tu I apply Hpynobirthing..penafasan untuk kurangkan kesakitan contraction tu.Alhamdulilah memang sangat membantu tau! Tapi kena practice awal tau jgn waktu nak sakit nak bersalin tu baru korang duk sibuk search and belajar psl ni..mmg takkan menjadi.Ok and then pukul 5 centu bising dah nurse tukar shif dorang sembang2.Pastu pkul 6 dtg sorang doktor tanya cane then I tya dia psl contraction yg betul2 mcm mana nak kira sbb I failed bab ni ! Dia kata dalam masa 10min 5 kali contraction dtg.So lepas dia pergi je I terus kira cara dia bagi.Hahaha
Then dalam 6.30 nurse suruh bangun sbb dorg nak kemas katil.Time tu contraction yg mcm betul2 sengugut I rasa time period datang.I bgthu salah sorg nurse yg kemas katil I,I cakap contraction betul I dah sampai and waktu I bgthu tu I senyum.Thats me mmg suka senyum.Pastu leh dia kata biasa anak sulung lambat satu jam satu bukaan..and awak still boleh senyum tak sakit lagi tu.So I redha jela dalam hati memcarut pehal la nurse ni tak caring langsung hahah! dia kata check bukaan kul 8 so tunggu jela sbb sakit boleh tahan.Sengugut period 2 hari leh tahan takkan ni tak boleh kan.Then kul 7 sampai makanan.Waktu ni tak lalu makan dah sebab sakit.Biasa waktu I sakit sengugut pun I takkan lalu makan.After breakfast tu datang sorang nurse comel molek baik orangnya check BP and dia tya contraction berapa kali so I bgthu lah 10 min 5 kali dtg then dia kata kuat dah tu.Pastu dia catit kat kertas bagi kat doktor.Dalam 8pg gitu sorang doktor panggil I nak check jalan.Check je dah 5 cm then dia pecahkan air ketuban.Fuh panas betul air ketuban tu.Dia kata ok lah jom ke LR bgthu husband awak.Then dorang suruh whatsapp husband.Dorang dah ready tolak I naik wheelchair.I bru nak whatsapp tengok husband dah tercongok depan wad tu.Aik bila plak dia sampai.Husband teman sepanjang dalam LR tu.Dia pegang2 tangan urut2 time ni.


 Ada termarah sikit sebab duk sibuk urut I hahaha.Time ni rasa penat dah sikit mcm nak tidur pun ada sebab tak cukup tidur kan.Pastu start kul 9 bagithu hubby rasa nak teran je smbil tu buat hypnobirthing & zikir doa nabi yunus dalam hati.Lepastu husband panggil Midwife then Midwife masuk check tengok2 dah 7 cm then dia keluar balik.Pukul 9.20 gitu I cakap ngan husband lagi sekali"SAYANG I RASA NAK TERAN NI" husband panggil lagi Midwife.Dia masuk dia check jalan " Ok cantik dah 8cm..wah cpt betul awak ni.Dia kata sabar ye lagi sikit.I pun bersabar lah..Pastu 9.35 I dah sakit mmg rasa nak teran gila babeng macam nak berak tau lagi sekali bagitahu husband nak teran.Midwife tu check ok dah 9cm pstu I ckp kat Midwife tu saya rasa nak teran sangat dah ni.Midwife tu kata takpe awak boleh teran slow2 smbil dia prepare barang semua.Time tu I dah dgr dari bilik2 lain suara orang Push2 push2 hahaha punya meriah bilik tu.Rasa macam ramai orang je bilik tu.Bilik I krik krik.Ok and then Midwife tu check dah 10cm dia kata ok awak cuba push.I nervous macam mana entah I push tapi mmg kelakar.Hahaa pastu nurse tu kata "ehh tokleh gitu"
Then dia ajar lah awak tarik nafas panjang2 then teran macam nak berak tapi jangan hembus ikut mulut.Husband pun pegang tangan sambil bagi kata2 semangat.Dia kata sampai buntut dia pun terangkat nak ikut push.Hahaha! Midwife kata ok dah nampak kepala..teran lagi bila contraction sampai and then lepas tu dia kata okay saya gunting sikit ya. I tak sedar apa dah sebab busy duk meneran..rasa sakit gunting ke apa sumpah tak rasa hahaa tapi husband kata dia dgr waktu Midwife tu gunting ngeri betul..bunyi macam gunting kertas cardboard. Alhamdulilah beberapa kali meneran keluarlah anak I tepat pukul 9.43 pagi 28 May 2017 lalu diletakkan di dada I ( we call it skin to skin ) Time ni rasa macam hidup di dunia baru rasa segar sangat.Nampak pulak anak kita atas dada.Such a beautiful moment for me.Lepas tu mula la sesi menjahit.I kena 18jahitan.Nasib baik dia bius.Alhamdulilah jugak semuanya dipermudahkan.Memang selalu lepas solat mohon dipermudahkan..selalu doa agar Allah berikan kesakitan yang mampu I tanggung..I amalkan surah maryam after solat..zikir doa nabi yunus..makan kurma..buat urutan perinium..banyakkan berjalan.After jahit pun tak sakit sebab dorang bagi painkiller.Lepas jugak hajat nak tengok muka zuriat yg dikandungkan & tak sangka selama ni budak ni laa yang I kandung 10 bulan 2hari kehulur hilir.Hehehe

Alhamdulilah..terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku seorang zuriat.InsyaAllah I & husband akan sedaya upaya menjaga amanah ini & bimbing dia dengan sebaik-baiknya! 

Umar Yusuf semoga awak menjadi anak yang soleh ye.Amin


Alhamdulilah we both cant believe dah jadi mak mak ayah ayah ! Hahahha




2 hari je duduk lepas tu discharge !
Thank you for reading ❤



Saturday, May 13, 2017

Mini Baby Shower Surprise

Semalam 13 May 2017 my beloved friends buat mini baby shower for me 💓 Eei mengada tau dorg ni suka sgt buat surprise.
Tu la pelik sgt si Ain ( my sister ) tetiba ajak keluar kata nak pergi somewhere special.Haha I fikir dia nak belanja makan je.She said she will picked me up.So dalam kereta tu Kak Nurul ( office mate dia ) asek call je.So I fikir eh takkan dorg yg nak surprise aku.Tetibe jer sebab tak pernah jumpa.Nak kata My Sup Hameed Gang ( which is mmg betul dorg ) pun I tak terfikir sebab bru je lepas tgk story Syasya date dgn Nik and other members senyap je.Tetiba je Ain drive pergi ke Taman Pudu Ulu kata nak picnic.Lepas tu dpt call lg dari Kak Nurul.Em otak I dah set dah Kak Nurul la ni.Hahaha Malu wey kalau dorg sebab I tak rapat sgt.So jalan2 dah smpai dkt sikit dari satu pondok ni nampak dah geng2 nakal ni.Rupanya my gadis2 yg punya plan no.Pandai betul dorg senyap2.Semua ada rasa seronok gila dapat jumpa ! 😁❤


Tengok siap decorate atas tikar tu I 💗 you tau. cuma tak nampak je.
Kita sampai je terus dorg bg pakaikan crown & flower lagi tuuu. Sweet gituuu


Ni lah dalang2,sayangs2ku & the only bff yg masih kekal walau jarang jumpa. Effort mereka di setiap perjumpaan & surprise tak pernah mengecewakan.


Ok nak sweet2 jugak hahahah


Yay Its a wrapped ! I LOVE YOU GUYS SO MUCH!  Thank you for everything today 💓

Friday, May 12, 2017

Korean Food ( DuboYo Restaurant )

Assalamualaikum.. harini Nana nak share review pasal satu korean food restaurant.
2 hari lepas teman husband cari baju kerja kt Sogo memandangkan badan dia dah ehem ( u know what I mean ) so kena cari baju size lain lah.Alang2 tu kita jalan2 cari makan.

Actually mmg dah aim nak try Duboyo ni. Tapi berbelah bagi sebab taktahu sedap ke tak sbb sesetengah kedai korean tak sedap. Setakat ni berpuas hati kedai HotPotSeoulGarden ( Tu mmg superb cuma harga dia nok harom la ) Habis je husband beli barang dia kami terus ke tingkat atas cari kedai Duboyo ni. Sampai je terus duduk tengok menu. Yang best and kebetulan kami pergi waktu weekdays and time tu dalam pukul 1.30 ptg so dia ada set lunch every weekdays dari 12-3 ptg. Memang murah and berbaloi beb ! 





Husband pilih Kimchi Soondubu Jigae ( Seafood )



Nana pulak pilih set Kimchi Gogi Chicken ( Air tu pilih Iced Peach Tea ) memang sedap betul air !

semua set ni Nana suka include side dish dia mmg sedap sangat

Pastu kitaorang add Spicy Toppoki. Toppoki ni macam ala ala Yong Tau Fu Malaysia kita. Hahaha ! 



Nampak tak kecomelan tu.Haha muka happy je makan sini sebab memang sedap. I ask my husband berapa star dia bg from 5. Dia jawab 4 cus nothing perfect but overall kami berpuas hati sangat sebab sedap and service tiptop!

Saturday, April 29, 2017

Im Officially 36 Weeks Of Pregnant

Alhamdulilah masih berpeluang untuk merasai kick baby dalam perut ni.Hehe
kadang2 si dia aktif malam sampai mommy nak tidur pun rasa tak tenang.kadang2 aktif siang & kadang2 aktif siang dan malam.Maybe I consume a lot of sweet things ! Thats why hyperactive semacam.Rasa macam tak sabar nak tunggu si dia keluar.Tapi kalau boleh nak tunggu betul2 matang 39 weeks.

Cabaran waktu usia kandungan memasuki 36 weeks ni


  • kerap kencing ( macam every 15 mins or 10 mins after minum air )
  • sakit celah kangkang ( jalan serious macam penguin dah )
  • perut akan keep mengeras 
  • sakit ari ari
  • rasa mengantuk je
  • kepala lutut macam nak meletup je bila nak bangun dari duduk
  • ngilu di pinggul kiri ( sumpah sakit and tak selesa bila jalan)
Tak tahu rasa macam mana contraction nanti sebab tak pernah kena mild contraction,just perut mengeras je tapi tak sakit..just buat kita rasa sesak nafas sikit ! kaki pulak nasib baik tak bengkak teruk just bengkak biasa je besar sikit dari size biasa ( sebab kasut semua xmuat dah hahaha! ) Sekarang pun terpaksa solat duduk atas kerusi sebab tak mampu dah nak sujud and bila nak bangun dari sujud risau terjatuh sebab dah lah lutut ketaq pah punggung pulak ngilu yg teramat.
Apa pun mommy dah siap packing barang. Just ada few things je tak beli lagi.Siapa yg baca ni doakan segala urusan mommy dipermudahkan ye.Amin


Tuesday, April 4, 2017

First Check Up Di PPUKM


eei flawlessnya mommy :P
Padahal tak pun.ni hasil selepas menggunakan apps2 beauty camera yang ada. Sukahati I lah!

Ok harini I nak share pengalaman check up baby kat PPUKM. Since dah buat keputusan muktamad nak bersalin kat sini. So kena buat check up kat sini. 
Ok macam biasa,kalau ada event penting I akan bangun awal gila. Harini bangun pkul 5 pg kot. Gila mencabar nak tahan mengantuk!

Nurse situ pesan awal even appointment pukul 9 datang lah awal sebab ramai appointment! So I dgn hubby dah terpacak depan pintu klinik O&G tu tepat 7.30 !
adalah dalam 4/5 orang pun dah tunggu. Dorg mcm dah biasa je check up situ. Klinik tulis open at 8 AM but 7.45 klinik dah buat pintu untuk tunggu dalam.  So lega lah tunggu ada aircond and I terbaca notis dorang kalau appointment kita kat buku tulis pukul 9 dorang akan start bagi no pukul 8. Tapi tadi lewat sikit, start 8.10 baru start panggil no. Sigh!


Nampak tak ni baru bukak ni! Ramai dah orang. I dengan hubby memang suka duk port2 belakang.


Nampak tak akak baju merah tu sarat mengandung. Sian dia penat ngantuk. Sabar lah kak eh.


Ok first korang masuk klinik,kena letak buku check up biru kecik yang diberi semasa pendaftaran kat dalam box yg ada waktu2 appointment korang then tunggu nurse panggil untuk bagi no check up. And after menunggu nama I di panggil ke kaunter. Dia bg no and I kena byr RM103.30 untuk kos scan and khidmat doktor. Lepas dah dapat no giliran,terus pergi check tinggi & berat kat nurse kaunter lain. Tadi yg check tinggi & berat mcm nurse pelatih . I dapat chinese girl comel je dia panggi topi nurse kat kepala tu dengan baju pink! Hahaa
Dia tlg check tinggi,berat & tekanan darah. Tapi dia check tinggi I salah kot. Jauh gila beza. Lepas dia check tinggi i dia tulis 165.5 cm. I tgk and ckp dalam hati eh yeke wow ! sebab first bukak buku pink tinggi 162cm je and husband pun pernah cakap pertumbuhan I takkan naik dah untuk perempuan. I bgthu dia " Sayang tinggi I naik kot 165.5!!" Lepas tu selamber je husband ckp " Nurse tu tak rapat kan betul2 benda tu dia kira salah,I tgk je td" Ciss aku bru nak berbangga tinggi naik! Tu la mcm tak logik tetiba mendadak tinggi naik gitu. Takpe lah ! Then check berat and tekanan darah. Lepas tu kena masuk bilik check air kencing. Dah lah tukang check lelaki ! Malu aku nasib baik si tukang check tu mmg muka selamber je. Alhamdulilah semua ok!

Lepas habis check tu semua tunggu no giliran dipanggil untuk scan kat bilik lain pulak. Then my turn ! Masuk bilik scan dia tak tunggu lama pun untuk semua sesi. Smooth je sebab sampai awal. Kih Kih! Alhamdulilah. Ok msuk je bilik dia luas kot best gila and then dia ada 3 bahagian bertirai. Hubby boleh masuk join tengok sekali. Tempat scan dia mmg luas and besar katil dia plus ada tv dia sangkut kat atas untuk kita mommy2 yg tgh baring and hubby kt sebelah tgk baby yg dia scan tu! Yang scan kita bukan doktor tau tapi I taktahu nak panggil apa. Akak tu scan mmg details and siap explain mcm2. Tapi dia tekan kuat sikit perut sampai ending2 tu I meroyan dalam hati bila nak habis sakit woiii. Paling terkejut I sje test tanya gender...sebab I check kat KKIA babygirl..actually tak kisah dapat gender apa2 sbb first born kan. Last sekali dia checkkan gender boy sebab nampak bebird dia hihihi! Dia check banyak kali untuk I, mmg sporting akak situ even nampak mcm garang and kekwat en. (*lessons dont judge people by their looks!*) hahaha :P
Ok sambung psl dpt babyboy ! after dengar tu I was likee whuuut. Aduh dah lah terbeli 2/3 psg baju warna gegirl. Actually ada beli warna lain tapi selit jugak pink2 giteww. Tapi yela wktu check kt KKIA tu pun dia mcm ikhlas tak ikhlas hahah buat ala kadar. Yola benda free xyh byr pape so kerja pun bese2 je. Dulu pernah jugak I scan dengan dia untuk tahu due date. Jauh gila beza dengan doktor lain yang scan I time kat KKIA. Doktor yg scan tepat tu sama dengan due date yg diberikan doktor first check up I kt klinik luar wktu dpt tahu pregnant. Takpe doktor I tak salah kan u. Maybe tu u nampak and plus dia tak sihat sangat waktu tu.

Ok after scan, kita kena tunggu untuk jumpa dengan doktor. Tggu tak lama pun then kena panggil masuk. So I dgn hubby masuk doktor tanya mcm2 and hows appointment dkt KKIA dia check buku pink I. Lepas tu dia check lagi perut jap. Dia kata I semua ok takda masalah. So alhamdulilah.. then lepas tu dia kata kita jumpa lagi 6 minggu nanti. I dalam hati alamak kena lagi ke? Melayang lah lagi RM100 hahaha! Sabar jela. Then dia suruh pass buku biru kat kaunter 5 untuk dapatkan next appointment. So tunggu jap dalam 5 minit then settle !


Alhamdulilah, so overall I lagi suka check up kat KKIA hahaha!! sebab lagi cepat and tak ramai sebab kita ada waktu2 ditetapkan dengan nurse and nurse kita friendly! Sini okay jugak tapi sebab hospital padat sikit dengan manusia sakit. Tak suka tengok orang sakit nanti kita pun sakit. Alhamdulilah baby sihat and his mommy pun sihat. Doakan I selamat berjuang ! Amin
May Allah protect me & my son ! Amin




Friday, March 31, 2017

Im 32 Weeks Pregnant !

Alhamdulilah Nana dah 32 weeks. Pejam celik pejam celik sekejap je rasa masa berlalu. Rasa nervous pulak bila fikir nak dekat bersalin je. Dalam kepala otak ni mcm2 fikir ! takut tetibe kene false contraction lah, baby nak kuar awal la. Mama harap jgn kuar awal ye nak sebab barang prepare bru 60% je tau. Malas gila nak packing sebab fikir hospital dekat en. Hahaha!


Alhamdulilah sepanjang masa nak sampai ke 32 weeks ni takda masalah teruk lagi lah. Setakat baby aktif di waktu malam sampai kita tdur pun tak lena duk menendang je keje. Tu normal kay even dalam kepala otak Nana fikir eh anak aku ni lemas ke sebab yela me sleep sampai 5 bantal ok I selit sana sini bantal2 tu. Lepas tu dah dapat position tidur yang selesa tetiba pulak nak kencing. Aduh spoil spoil ! Ingat senang ke nak dapat position tidur yang selesa. Hahaaa . Kerap kencing thats normal ok sebab baby dah kebawah tekan kita punya pundi kencing. Lepas tu nak bangun malam tu Ya Allah.. sakit celah tu kita je tahu hahaha! Tapi I ada tips kurangkan sakit waktu nak bangun tu, cuba tahan nafas waktu rse sakit tu. confirm lega sikit.. In Shaa Allah! Bila bangun dari katil tu duduk dulu and kaki kene cecah lantai jgn bg tergantung bg pengaliran darah berjalan lancar.

Jalan sekarang mcm penguin dah. Bak kata Kak Ain ( bakal tanter anak gue ) " KAU NI TERUK SANGAT BERJALAN" HAHAHA

ok tu je nak share. Harap2 xde pape masalah sepanjang kehamilan ni and semoga saya selamat bersalin dengan mudah, Amin.


Thursday, March 23, 2017

Kos Booking Bersalin Di PPUKM (2017)

Assalamualaikum, malam ni Nana nak bebel cara nak booking bersalin kat PPUKM. Please take note dorang tak buat walk in, thats why selalu lengang je kalau bersalin kat PPUKM ( Ni nurse bagitahu ) Tapi tak tahu lah kalau ada emergency case dorang akan amek ke tak, tengok pada nasib.

Ok first, bagi sesiapa yang check up baby kat mana2 klinik swasta atau klinik goverment (KKIA) korg boleh je bersalin dekat PPUKM ni dengan syarat bawak surat dari doktor tempat korang check up. Contoh surat I dapat dari klinik I check up macam ni. Biasa kat KKIA dorg akan bg surat ni bila kita 28 weeks(7 Bulan) *Oh ya based pengalaman membaca kat internet siapa yang nak bersalin kt PPUKM better g daftar atleast bila kandungan dah cecah 7 months eh kalau taknak kena bebel*


okay ni borang rujukan antenatal untuk di bawa ke PPUKM bila nak booking

2nd benda wajib korang kena bawak !


Buku pink jangan lupa bawa

Ok 2 je benda penting korang kena bawa masa booking. Takda yuran pendaftaran tapi dorang akan bagitahu bila first date check up dengan dorang. Macam I kena sekali je check up dengan dorang maybe sebab tak banyak masalah. Dorang remind suruh prepare siap2 RM150 untuk check up. Tapi nurse tu cakap tak sampai pun actually just prepare. And dorg explain lah macam2 kalau korang rajin bertanya. Nurse yang layan I tu mmg baik cerita detail betul. Semoga Allah membalas jasa nurse tu yang bekerja dengan seikhlas hatinya. Amin

Ok and then dorang akan bg kertas kos harga bersalin. Kita bayar waktu kita admit ward tu nanti. Ni anggaran kalau lebih kena tambah kalau kurang dorg pulangkan balik deposit yang kita bayar tu 


New price for 2017 gais ! Harapa2 Nana bersalin normal.Amin...okay so itu saja yang dapat di kongsi kan. InsyaAllah kalau Nana selamat bersalin Nana akan share pengalaman bersalin kat PPUKM. Semoga dapat membantu 💖



Wednesday, March 22, 2017

Happy 3rd Anniversary Sayang !



Alhamdulilah, tup tup cepat masa berlalu. Usia perkahwinan kita pun dah 3 tahun. I pun masak dah dengan perangai you dari hujung rambut sampai hujung kaki. And of course you pun dah masak dengan perangai I yg sangat annoying ni. Hahaha!
Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan kita sebagai suami isteri dan semoga kita bahagia hingga ke Jannah.

We promised to love each other and will through thick & thin together ! InsyaAllah saya & awak kuat, kita sama2 kuat. Kita sama2 berusaha ke  jalan yang di redhaiNya.

I still ingat how we met for the first time,what you wore,the way you look at me,the way you talk to me,the way you treat me and everything ! How desperate you are to own me. Hahaha! Yeah he is very semangat to get know me. First time jumpa memang I tak pakai make up langsung at that time I admit I was so ugly dengan mata pakai eyeliner je. Foundation apa haprak tak pakai. Rempit betul ! You pemalu waktu mula2 date sampai makan pun tak lalu, I pulak makan habis (dalam hati aku lantak lah aku lapar) Hahaha ! He came all the way from Kelantan, actually the reason dia datang not just for me but dia ada kerja so tiba2 dapat msg dia kata tgh round2 kawasan btr. Gila semangat betul dia ni. Aku ingat dia datang naik bas. Hahaah!

Lama2 kenal baru tahu dia ni gila over protective,kuat cemburu nak mampus (JUST LIKE ME),kuat makan tomyam ! Lelaki pandang aku pun dia nak marah, bukan marah aku tapi marah laki tu but of course it will spoil my mood too! SPOIL DIA NI! And bla bla after 2 years perkenalan we decided to get married. Alhamdulilah dipermudahkan. Thanks to my parents yang sangat banyak membantu especially my mama! Sayang mama. Mama mmg suka anak2 dia kahwin awal. Hahaha!

So ikutkan, kita dah kenal almost 5 years. Tak lama lagi kalau ditakdirkan ada rezeki kita akan jadi parents dah. Yay ! Thanks for being a great husband ! I will always love you sayang 💗

Monday, March 20, 2017

Im Pregnant 30 Weeks !

Alhamdulilah harini kandungan dah masuk 30 weeks 4 days ! Semoga Allah sentiasa memelihara kandungan ini. Amin. Harini dapat result gula okay ke tak. Alhamdulilah everything was fine. Alhamdulilah ! Next check up dengan KKIA on 6 April 2017 but before tu pun ada 1st check up dengan PPUKM on 4 April 2017. Since Nana decide nak bersalin kat PPUKM, Nana kena buat check up jugak dengan pihak dorg. Tu memang procedure nak bersalin sana. Banyaknya check up (-.-)

Ikutkan nak bersalin kat HKL jimat & doktor lagi berpengalaman cuma rumah dekat dengan PPUKM and plus HKL nak pergi risau jammed je tetibe buat hal baby nak keluar waktu lunch hour at the same time hari bekerja. Perhh ! Its my first pregnancy you know, I cant predict what will happen !

Okay nanti Nana story macam mana nak daftar bersalin kat PPUKM apa procedure dia and berapa harga dia. Stay tuned !



Thursday, March 16, 2017

Stir Fried Broccoli With Chicken & White Mushroom


BAHAN-BAHAN :

1) Ayam ( Dipotong kecil )
2) Brokoli
3) Cendawan putih
4) Bawang putih 3 ulas ( Dihiris kecil )
5) Halia 2 inch ( Dihiris nipis )
6) Sebiji Telur
7) Tepung jagung
8) Garam atau secukup rasa
9) Tiga biji cili api atau cili besar
10) Sos tiram dan sos kicap manis


CARA MEMASAK :

1) Gaulkan ayam bersama sebiji telur dan campurkan dengan sedikit tepung jagung. Biarkan selama 10 mins

2) Tuangkan minyak sedikit ke dalam kuali dan goreng ayam yang sudah dicampurkan dengan telur dan tepung jagung tadi. Goreng sampai separuh masak

3) Masukkan bawang putih dan halia dan cili api. Gaulkan rata

4) Tutup sebentar dalam 5 mins( api sederhana jangan kuat ) dengan penutup kuali

5) Masukkan brokoli dan cendawan putih.

6) Masukkan 3 sudu sos tiram dan sedikit sos kicap manis. Campurkan air sedikit  dan letak secukup rasa atau garam

7) Gaulkan dan tutup dengan periuk kuali dalam 10 mins

8) Buka penutup kuali. Gaul dan rasa.


SELAMAT MENCUBA !

Monday, March 13, 2017

Cara Kira Tendangan Bayi Dalam Perut

Alhamdulilah I dah masuk 7 bulan . Macam biasa kalau dah 7 bulan kena lah start kira tendangan baby kita . Mommy2 memang kena alert & be responsible bila baby kita tendang. Third trimester ni memang kita kena jaga2 dengan kandungan kita . Anything can happen so better amek langkah berjaga2. 

Haritu pergi klinik, nurse explain lah cara kira tendangan baby . First tu memang agak blur jugak lah. Lama2 alhamdulilah faham, nasib baik cik somi sentiasa setia menemani di sebelah incase bini xfaham pape husband boleh tolong catch up . Biasa lah belajar tak tinggi mana . Harapkan suami je sebab bini mmg lambat pick up . Hehehee

Ok jom Momi nak share cara kira tendangan 😍

1) Bermula pada 9 pg - 9 malam ( tendangan baby mesti cukup 10 kiraan )
2) Tendangan kuat dikira 1 kali tendangan ( Baby beralun2 bergerak berenang2 xdikira ek )
3) Baby tetiba kick banyak kali dalam satu masa dikira 1 kali tendangan 
4) OK ni penting ! sekiranya contoh pada pukul 2 ptg kiraan dah 5 kali , lepas tu baby tak gerak. Korg chill tenangkan diri, ambil masa 2 jam. Cuba makan atau minum benda sejuk atau cuba cakap2 dengan baby dalam masa 2 jam tu. If tak gerak jugak dekat nak 2 jam segeralah ke hospital sebab macam2 boleh berlaku etc : Tali Pusat Terbelit or something else
(wad kecemasan terus tau!)

Ok tu lah cara-caranya.Hope u all faham
Actually I nak share satu apps kat phone yang memudahkan korang untuk kira tendangan baby . Takdalah habis buku pink kita tu lunyai asek kena bukak tutup nak tick kiraan baby . Senang je sebab zaman skrg zaman kita asek pegang phone kan . So bila baby tendang kita tap je . Then dah cukup 10 tendangan baru kita catitkan kat buku pink.
Download apps KickMe . Ok logo dia make sure macam tu . Simple je apps ni .



Nanti dah download korg bukak je apps tu decide lah nak warna apa. Ada banyak warna tau ! I choose pink hehee


Nak start kira kena click start session. Then tap kick now bila baby dah start tendang . Bila dah cukup 10 kiraan kita tekan stop session . Jangan lupa catat kat buku pink tendangan ke-10 habis pukul berapa ya. Selamat mendownload!

Ok done for now. 


Thursday, January 26, 2017

Roti Sosej Keju Bersalut Telur


Salam everyone ! Momi nak share resipi simple tapi sedapp gilos.Ok simple je.What you need is...

1) Roti gardenia 
2) Cheese tak kisah brand apa
3) Sosej tak kisah brand apa
4) 2 biji telur ( depends berapa keping roti u olls buat)

CARA2 MASAK

1) Rebus sosej dulu then potong bulat2 nipis mcm dalam gambar tu
2) Susun atas roti then letak cheese lepas tu tutup dengan roti
3) Salut dalam telur then gorengg

Yummeh !!! 
Selamat mencuba okay.


Monday, January 16, 2017

Resipi Sayur Sawi & Cendawan Shitakei With Sos Tiram


Assalamualaikum, harini Momii nak share resipi sayur sawi campur dengan cendawan shitakei sos tiram. Serious sedap rugi tak cuba! Eh haha terpuji diri sendiri pulak. Ok Momii tak nak bebel panjang dah...

Bahan-bahan dia :-

1) Sayur sawi siew pak choy atau kailan pun boleh tau (febret)
2) Carrot satu batang
3) 8 biji cendawan shitakei (potong kecik2)
4) 6 ulas cili api (belah tengah)
5) 2 ulas bawang putih (potong dadu kecik2)
6)  Sos tiram
7) Separuh cawan air

Cara-cara memasak :-

1) Panaskan sedikit minyak tumis cili dengan bawang putih
2) Masuk cendawan shitakei and carrot masak gaul dalam 5 min pastu masukkan air setengah cawan 
3) Masuk sos tiram ikut suka mana uolls nak cmpur sedikit secubit rasa maggi atau garam gula sikit. Masak sampai layu2 sikit . Nanti jd mcm sticky2 sikit kuah tu.
4) Last sekali masuk sayur & gaul sekejap ni. Jangan lama nanti hilang zat2 sayur tu.

Ok tu saja. Lepas tu makan ler. Sedap sangat tau rasa nak nangis.
Selamat mencuba.